tak tertamat lagi


hapuskan bayang aku
jika jauh dari kamu
apa kuasa lagi kita begini?
mengerti semakin jauh 
harus sendiri
sisa-sisa ini masih berbaki
percayalah pada resah 
kerna aku kira aku bahagia begini

berpalinglah
jangan pandang lagi
mimpi cuma ini
pada kalam yang bisu
apa mungkin aku kira ini bahagia?
yakin aku yakin
masih tak tertamat lagi
rasa cinta kerana alasan kamu

seharusnya kita sedari
jangan sulam kait lagi
diamkan saja
engkau datang kepadaku
lena langsung tidak lelap aku
persinggahan apa ini?
sungguh saat aku lenyap
namun 
masih belum tertamat lagi

kerna aku memang begini.





Salam sayang manis,
Aimie yusof

Popular Posts