bunga ros berduri-ibu
April 16, 2014
jari jemari ini
khayal lagi
karang lagi
sungguh tak terbayang mata
begitu fatamorgana.
nanti
moga kau jangan lupa
pada kasih ibu
yang sarat pada kamu
nanti
moga jangan kau alpa
pada sayang ibu
yang menggunung kepadamu
entah bila kau ada ibu lagi?
kalau-kalau Tuhan ambil dia nanti
entah bila kau ada bonda lagi?
kalau-kalau pada masa kau mencari
dia tiada lagi
mau apa kau sayang?
ibu kamu sayangkan kamu
tiada indah yang lebih lagi
tertanding kasih ibu
bunga ros berduri-ibu
jadilah anak yang patuh selalu
bukan layar bahtera yang patut kau hidangkan
tapi
cuma ingat pada bondamu saja
jangan derhaka kau
kelak si Tanggang menjadi 'mangsa'
ibu
sayang kamu tidak bertepi
kasihmu bagai dasar lautan yang dalam
tak tercapai
tak terganti
maka aku persembahkan
bunga ros berduri
maaf bukan untuk lukakan jari
kerana
sebagai tanda aku hargai diri
untuk jadi bunga ros berduri
untuk ibu
bonda
mama
kesayanganku
dunia ini
sampai akhirat nanti
ibu
aku sayang kamu tak bertepi
Salam sayang manis,
Aimie yusof