First entri, blog lesap !
Assalammualaikum...
Perasmian entri pertama yang tidak memberangsangkan. I lost my blog. Selama dua tahun taip entri dan "pulihkan" blog lama, terasa macam kifarah pula. Sebabnya? Adalah sebab tu. Frust blog lesap. Dah buat macam-macam, recovery blog, buat new password, tapi semua tak menjadi ni. Apa boleh buatkan? Tak dapat nak menolong diri sendiri. Bye-bye blog sayang, semalam je jodoh kitakan? Baru je sembuhkan "awak" tiga hari lepas, dah hilang. Inilah yang dinamakan jodoh tak panjang.
Pengajaran pertama,
JANGAN lupa password lagi.
Pengajaran kedua,
JANGAN buat account Google+ lebih daripada satu. Keep guna hanya satu sahaja account. Padan muka.
Pengajaran ketiga,
HARGAI hargai hargai apa yang ada. Lalai sangat. Sendiri yang kesian. Sabar...sabar...sabar. Positifkan diri.
Ok next topik. Hari ni hangout dengan kawan serumah sebantal setilam sekatil kot. Cuti mid-sem yang entah awesome ke dak sedang berlangsung. Boring tahap gaban. Padahal assignmentsss bertimbun. Haha.
macam nak nanges
pipi tembam, menyampah
jika bunga asalnya wangi
biar layu tetap dikenang
jika tuan hendakkan saya ini
jangan lambat datang meminang
hahahaha
Bahasa jiwa bangsa. Ingat tu.
Kbye. Malam ni first entri macam tak ada mood. Esok taip lagi. Muaaahhh.
Salam sayang manis,
Aimie Yusof