ingat Allah selalu
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
berjumpa sekejap tapi terpisah.
berjumpa sudah lama tapi tak pernah kenal.
tengok hari-hari tapi tak pernah tahu yang dia jodoh kamu.
benci dengan dia tapi tak tahu dia banyak doakan kamu.
terlopong tengok lelaki hensem tapi tak tahu dia gay.
senyum dekat promoter mall tapi tak tahu dia tengah mengumpat kamu.
tersengih-sengih dekat orang yang lalu lalang tapi tak tahu yang dorang tak faham kenapa kau macam tu.
baling batu dahtu sembunyikan tangan.
kau ingat orang lain tak tahu.
tapi Allah tahu.
berfoya-foya sampai ke pagi
anak bini tak tahu.
tapi Allah tahu.
sediakan bakul angkat sendiri
rasa riak sebab rasa ilmu dah cukup
kau tak tahu
yang itu boleh jadi tiket untuk masuk neraka.
sebab?
riak.
kau umpat tepi kain orang lain.
kau puas hati ingat dia tak tahu.
tapi Allah.
malaikat kanan kiri siap kira dosa pahala kau.
tak ke sentap?
sana sini kau cari cinta sejati
tak payah cari
kalau dah tepat pada masa dan ketika kelak kau akan jumpa.
geramnya...
menangis-nangis sebab tak dapat apa yang hati nak
tapi pernah sedar tak Allah takkan beri kalau Dia tahu kita layak dapat yang lebih baik lagi?
seram sejuk tengok kekasih pergi
dah dia nak pergi biarlah
nanti dia ada pegang tiket untuk jamin hidup kau dunia akhirat ke?
lelaki yang baik takkan sentuh hidup seorang perempuan kalau dia takda niat nak nikahi
perempuan yang baik takkan mudah putus semangat kalau lelaki yang dia sayang tiba-tiba hilang
redha.
redha.redha.
takkan lari gunung yang dikejar sayang.
letak Allah jadi nombor satu.
nanti Dia bagi apa yang terbaik.
ada tu.
cuma kena sabar.
lambat laun silap-silap kau dapat yang 1000 kali lebih baik.
kan elok?
usap airmata
jangan nanti kau lupa pada Yang Esa
ingat Allah itu maha besar lagi maha adil
nanti-nanti DIA hadiahkan pelangi indah
selepas hujan di petang hari...
kbye.
ps : jangan disukat kail sejengkal,kalau dalam lautan tidaklah diduga.
Salam sayanggg manis,
Aimie yusof