simpan dalam hati


Tumbuhnya rasa sayang itu
Dari dalam hati
Terbitnya di lubuk paling dalam
Sampai mata kasar seorang manusia pun tak akan nampak
Sebab Tuhan cipta perasaan itu begitu halus.
Itu namanya
Cinta.

Dia, si gadis itu.
Ada cerna rasa sayang pada orang itu.
Cuma sulit untuk dia ungkapkan.
Begitu payah untuk dilafazkan.
Diam-diam membisikkan
Setinggi-tinggi dipohon sampai puncak paling atas
Malam di dinihari
Ketika semua enak lelap.
Kerana si gadis itu
Hatinya terjatuh dalam gaung cinta.
Ya.
Cinta pada orang itu.
Lalu dia bisik serendah-rendah bisikan.
Semoga serendah-rendah itu dikabulkan oleh Tuhannya.

Kelmarin si gadis
Ada jumpa
Bukan jumpa tapi kebetulan
Orang itu sedang sedap dilamun badai cinta
Walhal dikhabarnya
Hatinya tiada bertuan
Hanya dia
Rupanya memang benar Tuhan maha kuasa
Kejengkingan orang itu biar tak jelas
Tak lengkap isi kandungnya
Namun cukup meratah jiwa si gadis itu
Ya.
Dimamah jiwanya meronta
Haus kerongkong dek terlerai juraian airmata.

Orang itu letak sebatu jalanan hidup pada si gadis.
Dalam diam orang itu durjana
Sembunyi muntah dalam peti.
Hangit tengik.
Maka dihalau rawan si gadis.
Berusaha.
Kecil cebisan notanya
Terukir buat orang itu
“Aku ini hidup dalam dongengan anganan
Tiada sepantas kau orang kayangan
Bergolak jua angin kalau aku hilang
Seperti kau. Angin tetap ada.”
Namun si gadis mulai hampa tiada noktahnya.
Hingga ke timur Malaya.
Si gadis memujuk lara.
Hingga entah sampai bilanya.
Kerana si gadis hamparkan dalam diri
Titip dalam doa
Tuhan, aku simpan orang itu.
Diam-diam dalam hati aku.
Sembunyi.
Untuk selamanya.



Popular Posts