part 1 : kundasang, sabah
Trip ni dari bulan-bulan lepas lagi, sekarang baru nak update dalam entri. busy macam secretary peribadi. haha. kundasang ni terletak di sekitar bahagian Ranau,Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ambil masa secara purata selama 2-2 jam setengah (depends kepada individu yang memandu). Seeloknya bertolak selepas subuh untuk merasai kedinginan di sekitar jalan ke Kundasang. Keadaan jalan adalah tidak lurus dan berliku-liku serta tajam. So, hati-hati bila memandu sendiri ke destinasi. Lagi satu, kalau jenis tak tahan dengan cuaca dekat sana, silalah bawak baju tebal or sweater. Sebab cuaca boleh meningkat bila-bila masa. Sepanjang jalan, akan ada je pemandangan yang buatkan korang rasa, kenapalah best sangat tempat ni? Awesome ok. Lebih-lebih lagi bila dapat tengok pemandangan gunung Kinabalu dengan lebih dekat lagi.
sepanjang jalan, korang boleh pilih untuk berhenti ataupun tak dekat tepi-tepi jalan yang ada view gunung. macam kami pergi hari tu, singgah sekejap je kat tepi tu ambik view untuk bergambar
saja buat pict muka jadi blur sebab geram dengan pipi tembam masa tu..
First time datangkan, so masa tu kita orang tersalah masuk simpang. Sepatutnya pergi Desa Cattle Farm dulu, tapi terbabas tukar tempat pergi Kampung Luanti pulak. Dekat Luanti ni merupakan tempat penternakan dan penjagaan ikan kelah. Sungai tempat ikan-ikan tu namanya Sungai Moroli "Tagal" yang bermaksud tempat larangan memancing ataupun menangkap ikan-ikan yang ada dalam sungai. Itu sebab ikan-ikan kat situ terpelihara dan membiak dengan subur.
Setiap entri ke tempat ni dikenakan bayaran sebanyak RM2 untuk seorang dewasa. Beli tiket dekat awal-awal tempat masuk untuk elakkan awak-awak semua berpatah balik dan buang masa. Sebab sampai dekat tepi sungai tu, korang kena ambik turn / giliran untuk dibenarkan masuk sekiranya ada ramai pengunjung pada masa tu. Contoh masa kita orang pegi, memang ramai group pelancong and dorang macam excited sangat ni.
Masa yang diberikan untuk masuk ke area sungai tu cuma 15 minit sahaja, cukup 15 minit maka dorang akan panggil. Tujuannya untuk menjaga hidupan dalam sungai tu, sebab jumlah orang yang datang ke tempat ni sentiasa ramai. So, dalam masa 15 minit tu, kami orang pun terus jejak kaki dalam air sungai tu yang sejuk dan nyaman. Dahtu jangan heran kalau ikan-ikan kelah datang bertempek kat kaki-kaki korang. Sesiapa yang banyak sangat bulu-bulu kaki tu silalah standby ok? oh ya, jangan lupa letak sunblock kat muka. haha. ok next entri pasal dekat area Desa Cattle pulak. Macam malas nak taip ni.
Kbye.
Kbye.