sebab atau alasan lelaki itu harus ditinggalkan

entri kali ini cuma pendapat sahaja dan dari penilaian selama mana pernah berkecimpung dengan bab-bab cintan ini. asyik tulis puisi je karang takda sapa paham. sebab tak semua orang sama pendapat dengan kita kan? ada yang boleh terima dan ada yang buat seolah-olah life is totally goes on by hook or by crooks..



sebab pertama...
seorang lelaki yang betul-betul serius akan tunjukkan kesungguhan dia. tak kira badai yang melanda ka ataupun tsunami datang. lelaki yang serius pasti akan mempunyai prinsip dan pendirian yang tetap. fikirannya tidak akan mudah berubah. stick to the only one. kalau dia cakap bulat, maka bulatlah jadinya. oleh itu, pada lelaki yang payah sangat nak tunjukkan kesungguhan dia nakkan kita, baik lari saja.. sebab nanti tak payah nak berendam airmata macam esok konfom dunia kau mati. kita minta dia buat sesuatu tu dia buat macam batuk pastu lepaskan kat tangga gituu. mencipta seribu macam alasan. tinggalkan lelaki macam itu ok?

sebab kedua...
lelaki yang mulut dia serupa mulut murai. fakta dari hadis mengatakan bahawa seorang lelaki yang kerap bercakap-cakap benda-benda yang tiada faedahnya merupakan lelaki yang tiada kesungguhan dalam perhubungan dan bersifat keras hatinya. sebabnya makin kita bercakap benda yang tiada faedah maka makinlah sel-sel otak kita kehilangan zat-zat yang penting. oleh itu, berhati-hati dengan lelaki seperti ini kerana mereka tidak mahu dengar pendapat orang lain. buat sakit otak je kan? buat payah kita je kan? kalau nak tahu betapa pentingnya mendengar pendapat pasangan dalam sesuatu perhubungan sebab kita tak selamanya betul dan kita tak selamanya pada pihak yang benar. so, bayangkan kalau pendapat kita pasangan tak dengar? tak meleleh ke airmata pastu? better tinggalkan seorang lelaki yang tadi cakap nak menganyam mahligai cinta dengan kita tapi? mulut murai.


sebab ketiga...


lelaki itu suka sangat mengungkit. setiap apa pemberian dia, pasti dia akan ungkit satu persatu. contoh pemberian macam handbag ke, kasut, rantai, cincin emas perak tembaga suasa ke.. kalau setiap wang dan masa yang dia belanjakan untuk kita pun dia ungkit sebijik bijik, hati perempuan mana yang tak rasa sentap kan? itu betul-betul buat kita rasa langsung tidak dihargai. so,lebih baik pergi. 

sebab keempat...
lelaki tersebut curang dalam diam. mesti kalau kitalah yang ada dekat tempat perempuan tu langit rasa nak runtuh bukan? jadi apa kata kita check dulu siapa dia yang sebenar sebelum jatuh hati bagai nak gila, tak siuman dan tak waras. kekadang orang ni bijak sembunyikan apa yang zahir padahal dia dah ada isteri ataupun kekasih-kekasih yang lain. kalau hal macam ni terjadi, jangan cepat meradang. minta petunjuk Allah. lambat laun pasti akan ada jalan yang Allah bagi. masa bersama, try untuk check perlakuan dia,sama ada dia ni bagi ke tak kita check handphone dia. kalau dia mati-mati taknak bagi, tu memang dah sah lah dia curang! takkan bagi alasan segan awak tengok mesej2 saya dengan mak kan?? tak... itu sebab dia simpan segala rahsia dia yang bertempayan tu dalam handpohne tu. so, baik tinggalkan je.

sebab kelima...
panas baran. lelaki yang panas baran adalah lelaki yang sukar untuk mengawal perasaan marah dan mudah naik angin. Jikalau bertengkar mereka akan meninggikan suara atau mengeluarkan kata-kata kesat. Tidak dinafikan bukan semua lelaki yang panas baran ialah kaki pukul tetapi lelaki yang kaki pukul sudah semestinya dia juga panas baran. Jika setiap kali bertengkar, kekasih anda masih boleh diajak berbincang bermakna dia masih boleh mengawal panas barannya akan tetapi jika dia suka mencari kesalahan anda kemudian naik marah atas sebab-sebab yang tidak munasabah, anda tidak seharusnya meneruskan hubungan dengan kekasih anda. Selain itu, jika sepanjang anda bersama dengan kekasih, dia pernah naik tangan memukul anda ketika anda bertengkar dengannya, adalah lebih baik anda menamatkan hubungan anda dengan kekasih anda. Ini kerana jikalau lelaki itu mencintai anda, seharusnya dia akan menghormati anda dan tidak akan sekali-kali memukul anda.


p/s : nak cari jodoh yang baik, diri sendiri tu yang kena bersangka baik dengan Allah dan jaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan jaga hubungan kamu dengan manusia. 








Popular Posts