lagu jadi tidak indah
senyum tawar rasa
tangis tiada keringnya
demam aku tak izin jadi kebah
serabut jiwa aku tak izin jadi tenang
sebab berkarat nafas aku pertahankan
tumbang tidak berpasak 
hancur tiada berkhabar
penghujung dengan permulaan
macam hambar 
macam sakit jiwa 
dicarik satu persatu
kental apa pun pasti rebah jua. 

kau yang aku cinta
tiada berpantang bila berbicara
hati muda
darah muda
kau tiada sedar 
aku sakit dalam palung hati
semoga saja kau sedar erti ini
cinta ini
kalau tiada mampu kau nampak indahnya
semoga kau paksa airmata aku surut dari menghempas
metafora pelbagai aku cernakan 
bukan mampu menutup rasa gelodak dalam jiwa
kau bukan sedar aku pergi bukan percuma
aku pergi tanpa sedar siapa
selamat berjuang kepada aku
memang sifat 
tak mudah dicanang sakit dalam hati
melainkan pada Ilahi
hanya kerana aku sedar akan nyatanya
semoga berkali-kali aku terasa hina
Tuhan aku masih ada untuk aku kirimkan doa 
buat kamu 
si pencarik jiwa raga. 

Popular Posts