bila aku bukakan topeng ini
entri kali ini yang ingin borak pasal kendiri. pasal aku sendiri. kenapa suka puisi? sebab dari kecil lagi aku memang suka mengarang. pernah dapat tempat pertama dan selalu juara penulisan ketika disekolah. otak sama minda aku mudah tercerna dengan benda-benda macam ni. sebab mungkin aku sudah terbiasa menulis kalau aku gundah.
ya. seronok dapat tulis sesuatu yang buat jiwa kita tenang. salah satu makanan jiwa aku. supaya bila pada masa aku rasa hati terasa lebam dan bernanah, aku mampu atasi dengan menulis. sebab aku bukan pembicara perasaan kepada yang lain. maksud aku secara lisan. mungkin itu kerana aku ditambat perbicaraan lisan oleh teman-teman sekeliling. bahasa yang aku guna terkadang orang sangka mengagumkan walhalnya aku cuma merungkai apa isi hati aku ini. kadang-kadang. jarang-jarang saja aku cerita apa dalam tangkai hati aku. sebab aku yakin. sebati betul bila aku serahkan semua pada Tuhan aku. Dia selayaknya mengerti. bukan juga aku ini pemendam rasa. cuma terkadang aku gaulkan rasa sakit itu dengan zikir dan bacaan kalam Ilahi. mudahan mudah tenang.
ya. tenang. sampai bisa borak macam tiada berlaku. itulah aku.
tapi sebenarnya pahit itu Tuhan yang tahu. mungkin bisa rabak airmata kalau aku cerita dan tangisi. maka aku pilih untuk tidak. tidak disuarakan. jadi persis apa lagi jika belum sampai masa aku cerita korek satu persatu? oh ya, jangan lupa jalan hidup kita ini jauh berbeza. cuma matlamat kita sama. untuk dapat kebahagiaan dunia dan akhirat. cuma rentak kita memang tiada serupa. persis ombak yang menderu di laut. bau masin airnya mungkin patahkan semangat aku. dan mungkin jadi sumber telaah inspirasi aku. sememangnya bila berpuisi, aku lebih banyak berfikir. kiranya nanti bila aku corak pena ini, aku sempat cerita sakit dalam hati atau sakit orang lain atau bahagia dalam hati atau bahagia orang lain.
dalam puisi, semua penulis dia jadi bisu. kerana tulisan itu dibaca dan diterjemah oleh emosi orang yang berbeza. metafora akan tetap ada. malah hipotesis mungkin jauh berbeza. seperti yang aku kata, kita semua jalan hidupnya tiada sama tetapi aku yakin matlamat kita ini perlu sama. kebahagiaan akhirah. penamat segalanya. semoga menjadi pengakhiran yang terbaik. Tuhan saja yang tahu. semoga juga aku mendapat pengakhiran yang sebaik-baik pengakhiran.
sekarang teringin nak cerita kisah orang yang Tuhan takdirkan untuk jadi persinggahan sahaja. sesiapa pun anggap cerita ini durjana kalau tak guna akal untuk faham. memang, mengarut itu terkadang wujud dan hadir ketika dan bila-bila masa. berangan itu memang menjadi darah dalam daging kita. berangan yang punya batas waktu. semestinya. tapi ini bukan anganan. orang yang itu mungkin saja Tuhan hadirkan untuk menapak sementara tetapi pelik. kenapa begitu melekat didalam hati? terkadang rasa gelojak itu ingin sekali mengatasi batasan diri. tetapi jiwa tetap enggan. sebab nanti Tuhan hantar kafarah. sungguh aku takut. mungkin juga terselit seribu sejuta hikmah. tiada bersatu. apa mungkin jugakan? takdir kita ini Tuhan yang tentukan. tapi jangan bongkak untuk enggan berdoa. sakit itu bagaikan ambil masa untuk pulih. tetapi tiada apalah. apalah sangat dugaan yang Tuhan jentik ini berbanding dengan nikmat yang Dia kurniakan selama ini.
jarang sekali orang berkata. ini kurniaan dari Tuhanku. sambil tersenyum.
payah kan nak ucap benda yang mudah itu? aku akui begitu juga aku. begitu payah terima apa yang Tuhan aturkan. tetapi aku percaya, ada anugerah yang Dia bagi. iaitu jawapan-jawapan kepada doa aku yang dulu. bukan lama pun Dia tangguhkan, cuma 2 tahun setengah saja.
ya. memang lambat bagi yang tiada tanam kesabaran. lalu aku pujuk hati aku yang kecil ini. dimanapun kita, kita tetap berada dibawah langit yang sama. begitu dekat. begitu rapat. walaupun kau yang mencuba menjarakkan...
Salam sayang manis,
aimie yusof