sudah habis

Lenyap sudah semua 
Kenangan yang paling lama terledak 
Ketika bila kita masih bersama ada
Dan lebih menyakitkan 
Masih lagi aku mencari erti
Rindu dan merayu-rayu
Pada yang semalam itu
tapi kebalnya dirimu 
langsung tiada tempat.

telah aku menghisab satu persatu
kekhilafan aku yang paling terkesan lama
sahaja ingin aku melontarkan diri 
pada lubuk yang paling asing 
dalam mana bentuk muka dunia ini
biar terasing dari segala
fakta, cerca, hina, dan karma.

paling tidak 
seperti tak pernah langsung 
kita melakar kitab indah bersama
aku dilempar ketepi
tapi mengapa aku masih lagi dungu
menanti pada kelmarin yang sudah lama kabur.

dan pada aku kini
sudah habis terlelah 
sudah penat mengukir harapan 
sudah jemu memujuk diri
sudah takkan memaksa apa-apa
sudah takkan lagi merayu pada apa-apa

kerana aku sudah pun lama tewas.
pada kehendak dunia yang aku langsung tidak sudi. 
yang tak pernah langsung.

Popular Posts