pada kamu.

terlalu lama
terlalu banyak
jiwa yang aku telah kuburkan
dan terlalu ketara
perjalanan yang aku bawa
sehingga melenyap sekian lama
sehingga terlupa pada satu ketika

bahawa

aku pencerna jiwa
untuk jiwa yang tak punya nada
untuk jiwa yang tak punya irama
untuk jiwa yang kosong batinnya
dan
untuk jiwa yang tandus dalam mengejar erti duniawi.

disini aku datang kembali
mengukir tapak dalam hatinya
semuga beroleh ketenangan kembali.

tetapi jiwaku bukan sendiri.
aku kini ditemani
sang jiwa yang rapuh
kita sama rapuh
tapi kita gagah berdiri
dalam mencari cinta sejati
dalam mencari bingung di hati

pada kamu
ya,kamu.
kamu yang aku sanjung.
kamu yang aku letak di tapak tertinggi.

pada kamu.

Popular Posts