puisi hati

hati
meranalah.

hati
menangislah.

jika itu bisa melegakan kerongkong mu yang kehausan.
kepedihan. 
oleh jiwa-jiwa yang telah lama kau diamkan.

bertenanglah.
bertabahlah sehati-hati.
kelak dirimu akan menjadi tugu.

dungu.
diam.
senyap tanpa suara.
membiar lenyap tanpa berita.
cuma kerana ingin sekali kau mengecap bahagia.

kau tak akan pernah lagi mengerti setiap bisik rintih
yang meranap segenap kalbu
yang memuntahkan segala isi yang berkabung di dada
kerana aku telah merelakan begitu.
kesayangan aku,
terbanglah melata seluas dunia.
terbanglah tinggi merata pada yang kau cinta
kelak pasti akan segera melayang doa-doa ku buatmu.
yang selalu wujud dalam setiap pelosok sujudku.
yang menggigil tanganku sewaktu kalbu benar merindu.
yang terjatuh waktu ku tutup doa ku 
yang sentiasa menyebut sebaris nama itu

semoga Tuhan sentiasa merahmati dan mengasihanimu
di dunia ini dan akhirat nanti.

Popular Posts